Tuesday, July 14, 2009

Antara PASTI dan kepastian..

Baru-baru ini pada meeting anjuran Ketua Cawangan PAS BK6, antara agendanya ialah mengenai penubuhan PASTI yang telah diberikan tanggungjawab kepada saf pimpinan Pemuda untuk melaksanakannya.

Dengan itu pemuda telah melakukan langkah drastik dengan melakukan survey rumah ke rumah tapi malangnya terdapat beberapa masalah yang patut dikaji kembali. Sama ada kertas survey yang diedarkan tidak berjalan dengan sepatutnya atau survey yang dibuat itu memang tepat.

Melalui gambaran awal, masalah ini berlaku kerana kurangnya kerjasama antara ahli-ahli PAS sendiri dalam melakukan tugas. Sepatutnya sekiranya berlaku masalah, maka sewajarnya ahli-ahli PAS menelefon atau bertanya tentang masalah mereka. Tapi apakan daya, tiada lansung maklumbalas dari mereka. Bila meeting kertas survey tersebut pun tidak dibawa.

Mungkin salah juga Ketua Pemuda yang tidak mengemaskini tentang perkembangan survey tersebut sehingga mesyuarat cawangan bermula. Namun semua itu memerlukan kajian mendalam tentang cara-cara yang berkesan dalam melakukan survey.

Perbentangan mengenai keputusan survey itu telah menjadikan topik PASTI menjadi panas dan berlakunya pertikaman lidah antara Ketua Pemuda dan ahli mesyuarat yang lain kerana tidak puas hati tentang method pelaksanaan survey tersebut. Ada yang mencadangkan agar tidak perlu survey, tetapi dapatkan dahulu modal dan bina dahulu PASTI tersebut, kemudian baru cari anak-anak yang ingin bersekolah di PASTI. Namun disanggah oleh Ketua Pemuda kerana menurut beliau survey tersebut perlu untuk membuat bajet pembentukan PASTI.

Bak kata orang bijak, "if you fail to plan, you are plan to fail". Dari itu perancangan adalah kunci utama kejayaan sesuatu perkara. Merancang juga tanpa mengharapkan bantuan dari Allah juga bukan penyelesaiannya kerana setiap rancangan itu penentuanya Allah juga.

Dari itu, barisan Pemuda perlu dikukuhkan supaya masalah ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment