Wednesday, October 14, 2009

Majlis Makan Malam Perdana DPPP


Assalamualaikum wbt,

Saya mewakili Dewan Pemuda Pas Puchong menjemput tuan/puan untuk majlis makan malam perdana bersama Naib Presiden PAS YB Salahuddin Ayub dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasaruddin Tantawi pada 20hb Oktober 2009 (Selasa) seperti dilampiran.


Antara tujuan lain majlis makan malam perdana ini adalah untuk dana Dewan Pemuda Pas Puchong dalam menegakkan perjuangan Islam dibumi Malaysia tercinta ini.


Adalah besar ertinya kehadiran tuan/puan dalam memeriahkan majlis kami ini. Sekiranya tuan/puan ingin menhulurkan sumbangan kepada perjuangan kami atau ingin mendapatkan tiket, sila email atau hubungi saya pada talian : 0133226682


-Mohd Amrizal-


"We created not the heavens and the earth and all that is between them except with truth, and for an appointed term. But those who disbelieve turn away from that whereof they are warned."

(Surat Al-Ahqaf (The Curved Sand-hills):3);

Thursday, August 13, 2009

Antara selsema babi (H1N1) dan tuntutan Islam

Baru-baru ini kita dikejutkan tentang selsema babi atau sekarang dikenali dengan selsema influenza H1N1. Namun apa nama yang diberikan, penyakit ini merupakan penyakit yang amat berbahaya kepada manusia. Hari-hari kita dengar berita di dada akhbar mengenai kematian yang berkaitan dengan penyakit ini malah ianya telah menjadi penularan tempatan di Malaysia. Kita sebagai umat Islam dinasihat berjaga-jaga sambil mengamalkan kebersihan sesuai dengan tuntuan Islam sendiri disamping mengerjakan ibadah.


فر من المجزوم كما تفر من الأسد
“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

لاَ عَدْوَى
“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه
” Sesungguhnya Rasulullah SAW mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi SAW bersabda : “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (HR Tirmizi)

لا يوردن ممرض على مصح
“Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (HR Bukhari)

كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين
“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (HR Abu Nu’aim)

الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه
“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambaNya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (HR Muslim)

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد
“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (HR Bukhari)


Disini terdapat tanda-tanda sekiranya seseorang itu dijangkiti oleh virus tersebut :





عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ




Maksud: Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca (Doa/Zikir):


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

- Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 11/248, (كِتَاب الدَّعَوَاتِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ), no. 3310. Beliau menyatakan sebagai Hasan Sahih Gharib. Ibnu Majah, 11/333, (كِتَاب الدُّعَاءِ), no. 3859. Sahih menurut penilaian al-Albani, di dalam Shahih wa Dhoif Sunan Ibnu Majah, no. 5088 dan Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, (كتاب النوافل), no. 655. Dan menurut Ibnu Hibban Isnadnya Sahih, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Albani di dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, no. 655. Ahmad, Musnad Ahmad, 1/423, no. 418. Abu Daud, 13/282, (كِتَاب الْأَدَبِ), no. 4425.

- Zikir/doa ini termasuk dalam Zikir Pagi dan Petang.

Sumber :
http://abunuha.wordpress.com/2009/08/05/wabak-penyakit-berjangkit-menurut-pandangan-islam/
malaysiakini.com
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/12/138-seharian-berzikir-sebagaimana-yang.html

Thursday, July 23, 2009

Senarai barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011






Tuesday, 16 June 2009






KUALA LUMPUR, 16 Jun - Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.Berikut merupakan senarai tersebut:
Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Tuesday, July 14, 2009

Antara PASTI dan kepastian..

Baru-baru ini pada meeting anjuran Ketua Cawangan PAS BK6, antara agendanya ialah mengenai penubuhan PASTI yang telah diberikan tanggungjawab kepada saf pimpinan Pemuda untuk melaksanakannya.

Dengan itu pemuda telah melakukan langkah drastik dengan melakukan survey rumah ke rumah tapi malangnya terdapat beberapa masalah yang patut dikaji kembali. Sama ada kertas survey yang diedarkan tidak berjalan dengan sepatutnya atau survey yang dibuat itu memang tepat.

Melalui gambaran awal, masalah ini berlaku kerana kurangnya kerjasama antara ahli-ahli PAS sendiri dalam melakukan tugas. Sepatutnya sekiranya berlaku masalah, maka sewajarnya ahli-ahli PAS menelefon atau bertanya tentang masalah mereka. Tapi apakan daya, tiada lansung maklumbalas dari mereka. Bila meeting kertas survey tersebut pun tidak dibawa.

Mungkin salah juga Ketua Pemuda yang tidak mengemaskini tentang perkembangan survey tersebut sehingga mesyuarat cawangan bermula. Namun semua itu memerlukan kajian mendalam tentang cara-cara yang berkesan dalam melakukan survey.

Perbentangan mengenai keputusan survey itu telah menjadikan topik PASTI menjadi panas dan berlakunya pertikaman lidah antara Ketua Pemuda dan ahli mesyuarat yang lain kerana tidak puas hati tentang method pelaksanaan survey tersebut. Ada yang mencadangkan agar tidak perlu survey, tetapi dapatkan dahulu modal dan bina dahulu PASTI tersebut, kemudian baru cari anak-anak yang ingin bersekolah di PASTI. Namun disanggah oleh Ketua Pemuda kerana menurut beliau survey tersebut perlu untuk membuat bajet pembentukan PASTI.

Bak kata orang bijak, "if you fail to plan, you are plan to fail". Dari itu perancangan adalah kunci utama kejayaan sesuatu perkara. Merancang juga tanpa mengharapkan bantuan dari Allah juga bukan penyelesaiannya kerana setiap rancangan itu penentuanya Allah juga.

Dari itu, barisan Pemuda perlu dikukuhkan supaya masalah ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Monday, May 4, 2009

Sumbangan untuk pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil, Selangor

Assalamualaikum wbt,


Saya bagi mewakili Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil ingin memohon sumbangan ikhlas tuan/puan, sebanyak yang mampu ke Tabung Pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil.


Sumbangan ini adalah bagi membolehkan proses-proses awal pembinaan masjid seperti membuat ukuran tapak dan lain-lain sementara menunggu bantuan daripada kerajaan. Pembinaan masjid ini telah mendapat persetujuan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (No pendaftaran : JAI.SEL.PAID(PJ)03/001/29)


Sekiranya tuan/puan ingin menyalurkan sumbangan, bolehlah menghubungi saya pada talian 013-3226682/03-22466245 atau terus ke meja saya di tingkat 36 utara, Menara TM. Resit disertakan dengan gandaan RM5 dan RM10.


Dan sekiranya tuan/puan ingin membuat sumbangan terus ke bank, sila bank-in ke akaun ‘Tabung Pembinaan Masjid Puncak Jalil’


No Akaun :- 562852001429

Maybank Islamic, Cawangan Bandar Kinrara, Selangor Darul Ehsan


Untuk pengetahuan lebih lanjut sila hubungi :
013-3428861/012-6694313/013-3957279


Sila sebarkan untuk Islam.


“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik” (Surah Ali-Imran 133-134)


Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo’a untuknya”.



Terima kasih.

Monday, April 20, 2009

Beyond Words (May Allah invited Us)


Beyond Words Feat. Burhan G
Outlandish


[Isam]
With my right foot first
I stepped into the holy mosque
Upon the cold white marble
Where day and night people sat worshippin`, praying
Right and left the mosque being cleaned
Shinin` not a particle of dust
The carvings of marble, the plates of gold
The symmetry of the whole mosque
Yeah the largest of it all
The came the grandest of the whole
The big beautiful house of Allah
Covered with black cloth and gold leaf writin`
My life flashed passed me, the good and the bad
Such a feeling my brother, never ever felt I had
A special bondage to the almighty
A sudden chill in me
Lookin` around the large floor was filled with unity
Circling the beautiful house
Chanting, people sitting, prayin` for forgiveness
Prayin` to do better I witnessed
Takin` a deep breath, tears was runnin`
I ran around the black house, the ancient black house
Built by Ibrahim, peace be upon him, circlin` 24 no doubt
I got closer, as did my heart, as did my soul, amazing
How everyone had their attention only on worshippin`
All concerns forgotten, focused on prayin`
Forgettin` everything matters and happenings just giving
I looked up in the sky thanking Allah for this journey
Sayin`: I swear I didn`t schedule to be here this early
I thought I`d come here like pops in my forties and fifties
And the doe I paid for the ticket, was meant for some hobby
But who am I to say if I will be alive tomorrow
Or 20 years from now, will my health be able to follow
For a moment I pictured my self 6 feet deep
In the cemetery, my corps in the same white sheets
Allah holds the master plan and it`s already written
The pens are withdrawn, the pages are dry... it`s written!

[Burhan G]
Looking back on my life
Life that`s gladly been given to me
Open my eyes and embrace the smile
Given to you & I

[Lenny]
Con mi mano derecha abro la puerta
Mi madre me recibe con un periódico y una carta
Veo fotos de mi padre abatido por disparos
De momentos ya yo espero
Que mis lágrimas caigan, me preparo
Me sorprende que mis ojos estén secos y mi alma esté calmada
En mi cuerpo no hay dolor por una persona ya olvidada

Translation:
[With my right hand I open the door
My mom welcomes me with a newspaper and a letter
I see pictures of my father fetched down by shots
In that moment I`m only waiting
For my tears to fall, I`m prepared
But to my surprise my eyes are dry and my soul is calm
In my whole body there`s no sign of grief for a forgotten person]

[Burhan G]
Staring outside, there was something I realized
Tomorrow the sun will rise, and together
Will see the beauty of eternity

[Lenny]
Salgo a caminar y despejar mis pensamientos
Lo normal sería sufrimiento
O un parecido sentimiento
Le pido a Dios que lo amparé en sus últimos momentos

Translation:
[I go out, take a walk and clear my thoughts
The anticipated feeling would be suffering or something similar
I ask God to be merciful in the final hours]

[Burhan G]
Looking back on my life
Life that`s gladly been given to me
Open my eyes and embrace the smile
Given to you & I
Looking back on my life
No regret only the sweet journey
Lessons from the simple steps
Taking by you & I

[Waqas]
With my right hand first
I open the door to the room where my woman gave birth
To my first born son
Only minutes before
I was in the waiting room, nervous
Moms giving me comfort
Family support
As I approached I could hear him crying
I didn`t notice
That my tears were running
Pictured myself for a moment in the arms of my father
Flashback to the bended shoulders
On which I`d sit
Grabbing his finger
Taking my first step
Would I become like him?
After a certain age bottle up
Stop showing love
But cold handshakes throughout the years
Replaced by hugs
Father whispered in his ears
The family was gathered
Pictures were taken
My hands still shaking
My joy was beyond words
Him in my arms
3 generations of tears running so calm
He came with Gods blessing and grace so we named him Faizan

[Burhan G]
If I worship U in fear of hell, burn me in it
And if I worship U in hope of paradise, exclude me from it
But if I worship U for Your own being
Don`t withhold from me Your everlasting beauty

If I worship U in fear of hell, burn me in it
And if I worship U in hope of paradise, exclude me from it
But if I worship U for Your own being
Don`t withhold from me Your everlasting beauty

Lagu untuk Pemuda (Putera Puteri)

Putera Puteri(feat: Hisyam)
Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam
http://liriknasyid.com

Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalm sepi kau penyeri
Dlam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumahtangga

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayahbonda

Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai pewira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu

PadaMu Tuhan kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkanlah pendirian
Puteta puteri harapan masa depan

LAGU:AMIN INTEAM
Lirik :AMIN INTEAM

Friday, April 17, 2009

Bai'ah (Usrah Zon 17/04/2009)


Penceramah : Ustaz Ahmad Lutfi
(Pengerusi Lajnah Tarbiah, Kawasan Baling, Kedah)

Pengenalan
Apa yang saya tulis disini adalah apa yang difahami sepanjang usrah tersebut. Dapat saya simpulkan disini usrah tersebut amat menarik apa lagi bila menyentuh bab bai'ah yang sepatutnya difahami oleh semua orang Islam apa lagi ahli PAS.


Isi-Isi yang dapat disimpulkan


Apa itu bai'ah? Bai'ah ialah perjanjian taat setia oleh pihak bawahan kepada pemimpin untuk mendengar dan mematuhi segala arahan sama ada ketika senang atau susah, rela hati atau terpaksa serta menyerahkan segala urusan kepadanya dan tidak sama sekali menentangnya dalam perkara-perkara yang bukan maksiat.

Para sahabat apabila memberikan bia'ah kepada Nabi dan Khulafa' Al-Rasyidin, mereka akan berjabat tangan tanda kukuhnya bai'ah itu (Rujuk Ibnu Khaldun, Tafsir Al-Qurtubi Jilid 1, Mukasurat 270-271)

Bahagian-bahagian Bai'ah
  • Bai'atul Islam (بيعة الاسلم)

  • Bai'ah untuk Membantu dan Mempertahankan Rasulullah

  • Bai'ah untuk Berjihad

  • Bai'ah untuk Taat Setia
  • Wednesday, April 15, 2009

    Kempen Jom Sertai PAS

    Pengenalan
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Kempen JOM JOIN PAS adalah kempen bagi menarik dan mengajak rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan kepada PAS dan menjemput seramai mungkin rakyat untuk menjadi ahli PAS ataupun ahli Kelab Penyokong PAS.
    Bersesuaian dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", kempen ini ditujukan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.
    Sepanjang tempoh kempen ini juga, satu usaha bersepadu akan dijalankan bagi membantu mendaftarkan anak muda Malaysia yang masih belum berdaftar sebagai pemilih di dalam Daftar Pemilih SPR.
    Kempen ini akan berlangsung selama lima bulan bermula Januari 2009 hingga Jun 2009.
    Melalui kempen ini, rakyat yang berminat untuk bersama dengan PAS boleh mendaftar menjadi ahli PAS ataupun ahli Kelab Penyokong PAS. Maklumat lanjut mengenai cara memohon boleh didapati di dalam laman web ini : http://www.jomsertaipas.com/


    Quran - Kata2 Allah

    Tuesday, April 14, 2009

    A good news?

    Keputusan kewangan suku kedua TNB cerah

     

    PROSPEK Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangkakan terus cerah berikutan keputusan kewangan suku keduanya yang diumumkan hari ini dengan penganalisis meramalkan keuntungan bersihnya meningkat 10 peratus kepada RM550 juta.

    Penganalisis berkata, syarikat utiliti itu juga dijangkakan mengisytiharkan dividen kasar 10 sen sesaham bagi setahun penuh bersandarkan kepada unjuran peningkatan keuntungan dalam separuh kedua berakhir 31 Ogos 2009 dan rizab tunai RM5 bilion sehingga akhir November 2008.

    Sejak dua tahun lalu, TNB secara berterusan mengumumkan dividen awal ketika mengumumkan keputusan kewangan suku keduanya.

     

    Penganalisis di Deutsche Bank, Chia Aun Ling, berkata pengumuman terbaru pemotongan tarif TNB sepatutnya meningkatkan keuntungan kerana ia akan mendapatkan semula sebahagian kos arang baru.

    Katanya, semakan terbaru tarif menunjukkan pengenaan kos "tidak rasmi" serta semakan secara lebih kerap dan ia mengurangkan risiko bahan api TNB dengan ketara.

    Semakan semula lebih kerap dan pengenaan kos "tidak rasmi" itu seharusnya menampan risiko bahan api dan membantu menaikkan penilaian syarikat itu.

    "Sudah tentu, apa yang dikehendaki pasaran ialah supaya kerajaan meluluskan permintaan TNB untuk mendapatkan satu formula rasmi dan telus yang meliputi satu asas tarif dan penyaluran kos kepada pengguna dengan menggunakan satu penanda aras dan semakan semula secara berkala.

    "Dalam hubungan ini, TNB boleh membuat perancangan lebih baik, pengguna boleh mengetahui sepenuhnya kos terbabit dan pihak ingin mengetahui mengenainya boleh mendapatkan lebih penjelasan mengenai apa yang boleh dijangkakan," katanya.

    Dari sudut operasi, keadaan menjadi semakin baik bagi syarikat utiliti itu.

    Ketua Penyelidik di Macquirie Securities Group, Malaysia, Prem Jearajasingam, berkata: "Jika kita melihat kepada operasi, kecekapan termal bahagian penjanaan TNB ialah 37.9 peratus pada tahun kewangan 2008.

    "Ia adalah salah satu daripada banyak petunjuk bahawa penambahbaikan pada peringkat operasi dilakukan di bawah pasukan pengurusan sekarang," katanya.

    Penganalisis juga bersetuju bahawa TNB turut menunjukkan kemajuan dari segi pengurusan kos dan mewujudkan nilai selepas meraih RM2.6 bilion melalui inisiatif berkenaan sejak empat tahun lalu.

    Firma utiliti itu sudah menunjukkan kemajuan ke arah yang betul tetapi wujud potensi lebih besar untuk menzahirkan inisiatif berkenaan.

    "Ia perlu melihat kepada cara lebih cekap mewujudkan nilai dan menguruskan kos dengan menambah baik dasar pemerolehan, khususnya dalam pembelian yang kecil," kata Chris Eng dari OSK Securities.

    Antara bidang yang memberikan sumbangan besar terhadap syarikat utiliti itu dengan meningkatkan dengan ketara penjimatan termasuk mewujudkan nilai melalui jualan tanah, mendapatkan semula hutang serta pengurangan kerugian penjanaan dan pengedaran (T&D), terutama sekali kecurian.

    Bidang lain termasuk pengurusan kos kakitangan, pemulihan anak syarikat yang mengalami kerugian, menambah baik strategi dan perancangan pemerolehan serta ditambah dengan strategi pemerolehan dan pengurusan stok inventori yang berkesan.

    Apa yang menarik dan tidak diketahui umum ialah TNB secara berterusan sudah melepasi sasaran tahunannya sendiri bagi pengurusan kos dan mewujudkan nilai sejak beberapa tahun lalu, kata penganalisis itu. - Bernama

     

     

    محمد ايزايري

    Mohd Ezairi bin Mohd Amiruddin      

    Project Eng. (OHL)

    AD Dept. (East), Tx Div, TNB.

    Office:    09-5155555                        

    D/L:         09-5155598

    Fax:        09-5155593

     

    Sunday, April 12, 2009

    Sekitar Mesyuarat Agong Pas Kawasan Puchong






    Hubungi Kami


    Jawatan : Ketua Pemuda Pas Cawangan BK6
    Nama : Mohd Amrizal bin Ibrahim
    No Tel : 013 - 3226682
    Email : islamicguy@yahoo.com / mdamrizal@gmail.com







    Sekiranya ada sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi kami secepat mungkin.
    Terima kasih.

    Rehlah

    - Dalam pembinaan -

    Struktur Organisasi

    - TIADA STRUKTUR ORGANISASI LAGI -
    Mesyuarat pemilihan AJK Pemuda Cawangan akan dibuat pada 20hb 4 2009.

    Aktiviti

    Pending Job on this blog
    - Try another template : the green one for green PAS
    (http://blogtemplate4u.com/2009/03/free-template-magazine-template-3-dark.html)
    - To get slideshow image by flickers ( cannot do this in office since proxy deny it.)

    Mesyuarat
    18-04-2009 : Mesyuarat Pemuda Pas dan Wanita Pas Cawangan BK6

    Selamat Datang ke Laman Blog Pemuda Pas Cawangan BK6

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Saya selaku ketua pemuda PAS cawangan BK6 merangkap editor blog ini mengalukan-alukan untuk tuan/puan melawat blog ini.

    Insya Allah, blog ini akan memaparkan bagaimana Pemuda Pas Cawangan BK6 dapat membantu penduduk-penduduk di Selangor khasnya di cawangan BK6.


    Kami juga berharap, dengan kehadiran blog ini dapat mengeratkan hubangan silaturrahim antara kami yang mewakili PAS cawangan dan masyarakat setempat.


    Sekiranya terdapat maklumbalas dan komen untuk memantapkan blog ini dan Pemuda Cawangan khasnya, sila lampirkan komen anda.