Monday, May 4, 2009

Sumbangan untuk pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil, Selangor

Assalamualaikum wbt,


Saya bagi mewakili Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil ingin memohon sumbangan ikhlas tuan/puan, sebanyak yang mampu ke Tabung Pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil.


Sumbangan ini adalah bagi membolehkan proses-proses awal pembinaan masjid seperti membuat ukuran tapak dan lain-lain sementara menunggu bantuan daripada kerajaan. Pembinaan masjid ini telah mendapat persetujuan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (No pendaftaran : JAI.SEL.PAID(PJ)03/001/29)


Sekiranya tuan/puan ingin menyalurkan sumbangan, bolehlah menghubungi saya pada talian 013-3226682/03-22466245 atau terus ke meja saya di tingkat 36 utara, Menara TM. Resit disertakan dengan gandaan RM5 dan RM10.


Dan sekiranya tuan/puan ingin membuat sumbangan terus ke bank, sila bank-in ke akaun ‘Tabung Pembinaan Masjid Puncak Jalil’


No Akaun :- 562852001429

Maybank Islamic, Cawangan Bandar Kinrara, Selangor Darul Ehsan


Untuk pengetahuan lebih lanjut sila hubungi :
013-3428861/012-6694313/013-3957279


Sila sebarkan untuk Islam.


“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik” (Surah Ali-Imran 133-134)


Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo’a untuknya”.



Terima kasih.

No comments:

Post a Comment