Thursday, February 11, 2010

IBADAH KORBAN & SUMBANGAN UNTUK UMAT ISLAM KEMBOJA

Assalamualaikum,


Semoga kita semua dirahmati Allah swt hendaknya.

Saudara Zaini yang dirahmati Allah swt,

Sebagaimana yang kita semua maklum keadaan Umat Islam di Kemboja amatlah dhaif & memerlukan sumbangan dari Umat Islam di luar Kemboja.

Amatlah kami hargai jika Tuan dapat menyertai program Korban & Sumbangan ini serta sebarkan kepada sahabat handai serta kenalan. Mudah-mudahan kita semua diganjari dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah swt.


BANTUAN YANG BOLEH KITA LAKUKAN:

1.      IBADAH KORDAN:
Akademi Imam Syafi'e dengan kerjasama aktivis masyarakat Islam Kemboja Ustaz Sulaiman telah bertindak sebagai penyelaras ibadah korban 1430h & sumbangan untuk disalurkan ke perkampungan Umat Islam di sana. Satu bahagian lembu adalah RM250.sahaja.

Ana & Ustaz Syauqi-biizniLlah akan melaksanakan sendiri penyembelihan & menyampaikan sumbangan tersebut.

2.      SUMBANGAN DANA PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR MUSLIM YATIM & MISKIN YANG BELAJAR DI UNIVERSITI KRISTIAN ( LIFE UNIVERSITY )
Terdapat usaha-usaha oleh pihak Kristian, berusaha mengkristiankan masyarakat Kemboja melalui pusat pendidikan, training dsbnya, pada kami ini adalah ancaman kepada Aqidah Umat Islam disana.

Terdapat Universiti Kristian di Kampong Song ( Life University ) yang dibiayai oleh pendakwah kristian dari Korea menawarkan biasiswa dan pengajian percuma kepada Cambodian termasuklah pelajar muslim. Alhamdulillah terdapat usaha oleh Imam Kg Song untuk mendekatkan pelajar-pelajar muslim ini agar tidak jauh dari aqidah islam melalui penyediaan "student hostel" yang seadanya.(lihat foto).

Atas kesedaran ini Akademi Imam Syafi'e menggerakkan Dana Segera untuk pembinaan hostel setingkat yang munasabah atau setaraf dengan hostel yang disediakan oleh pihak Life University . Imam (Ketua Masyarakat Islam) Kg Song telah bersetuju dan dengan perancangan ini. Keluasan hostel ini adalah 45" x 20"-setingkat dimana kosnya adalah RM5000.00( Lima ribu sahaja).

Demi Aqidah Generasi Umat Islam yang bakal pemimpin dimasa depan, saya menyeru kita semua menyumbang sekadar kemampuan agar usaha-usaha ini berjaya.

3.      SUMBANGAN UNTUK MEMBIAYAI GURU-GURU AGAMA.
Bagi melengkapkan program mendekatkan pelajar-pelajar IPT tadi, mereka perlu diisi dengan ilmu Islam yang lengkap. Bertitik tolak dari itu Akademi Imam Syafi'e & Adhoc Committee (Ustaz Sulaiman & Imam Kg Song) telah bersetuju untuk melantik seorang Guru Ijazah lepasan Universiti Timur Tengah bertugas sepenuh masa di Masjid Kampong Song ini. Guru ini bukan sahaja bertugas untuk mendidik pelajar IPT tetapi juga asas-asas fardhu ain kepada anak-anak muslim yang lain dan juga masyarakat muslim setempat. Gaji yang ditawarkan adalah setaraf dengan gaji Guru Berijazah Kerajaan Cambodia iaitu USD100.00 @ RM350.00 sebulan.

Terdapat guru-guru agama yang terpaksa ke sawah, turun ke laut atau berniaga di pasar kerana hambatan mendapatkan nafkah. Hasilnya mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada mengajar. Ini kerana tidak terdapat organisasi yang membiayai gaji mereka.

Kami di Akademi Imam Syafi'e melihat perkara 2 & 3 adalah suatu keperluan yang amat mendesak kerana ianya melibatkan Aqidah Umat Islam.


4.      SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN
Rata-rata Umat Islam di Kemboja hidup dalam kemiskinan lebih-lebih lagi yang tinggal di luar Phnom Penh . Bantuan yang senilai 50 sen, RM1, RM5, RM10  amat bernilai kepada mereka. Biasanya wang senilai 50sen diberi kepada kanak-kanak, RM1-RM5 kepada ibubapa, RM10 kepada Imam & Petugas Masjid, Guru Agama.

Besarlah harapan kami agar sahabat-sahabat semua sudi menghulurkan sedikit nikmat kurniaan Allah swt bagi membantu Umat Islam di sana . Semoga kita semua diganjari Allah swt dengan sebaik-baik ganjaran.

Nota:
§         Jika sahabat-sahabat telah menerima email dari ana melalui angahyie@yahoo.co.uk semalam sila abaikan email tersebut..
§         Sila kembalikan borang korban & sumbangan kemudian maklumkan kami melalui email @ sms apabila sahabat-sahabat telah membuat bayaran.

 Mohd Zamerey.

No comments:

Post a Comment